KYLIAN Mbappe telah menghantar mesej umum kepada bekas rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain, Lionel Messi sebelum perpindahan ke Inter Miami. Pemain Argentina itu mengesahkan penyingkirannya daripada Ligue 1 apabila dia diumumkan sebagai pemain baharu untuk kelab MLS kendalian David Beckham, Inter Miami. Messi menghabiskan dua musim di Paris bersama Mbappe tetapi pasangan itu gagal menjulang Liga Juara-Juara untuk gergasi Perancis itu. Melalui Instagram pada hari lahir Messi, Mbappe mengucapkan selamat maju jaya kepada pemenang Piala Dunia itu untuk masa depan. Dia menulis 'Selamat ulang tahun legenda. Saya doakan hari yang terbaik untuk anda bersama keluarga dan rakan-rakan anda'. Selain itu, Mbappe turut mengucapkan terima kasih kepada Messi kerana menjadi 'guru' sepanjang tempoh dua tahun bersama. "Terima kasih untuk dua tahun bersama di Paris... saya belajar banyak daripada anda sebagai pemain, rakan kongsi, lawan dan lelaki. "Untuk itu sahaja saya bersyukur. Semoga berjaya dalam pengembaraan baharu anda," coretnya. Mbappe boleh mengikut Messi keluar dari PSG tidak lama lagi, dengan ia melaporkan bahawa bintang Perancis itu akan komited pada tahun terakhir kontraknya sebelum berpindah. Real Madrid telah banyak dikaitkan dengan perpindahan untuk pemain berusia 24 tahun itu, manakala Chelsea muncul sebagai pesaing yang mengejutkan. Ia masih harus dilihat sama ada Mbappe akan memilih untuk menyertai gergasi La Liga itu secara percuma pada musim panas depan, selepas Messi nampaknya memberinya kebenaran untuk berpindah ke Madrid berbanding Barcelona. - Daily Mail Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!