suria

Terlepas dakwaan rogol, Greenwood kembali 'panaskan badan' bersama jurulatih peribadi

Greenwood kembali berlatih bersama jurulatih peribadi.

PENYERANG Manchester United, Mason Greenwood dilihat kembali berlatih dengan jurulatih peribadi ketika masa depannya di kelab itu masih kabur.

Pemain 21 tahun itu tidak beraksi untuk Red Devils sejak digantung oleh kelab susulan tangkapan ke atasnya pada Januari 2022 atas dakwaan cubaan merogol, serangan seksual dan perlakuan ganas.

Tuduhan ke atasnya digugurkan pada Februari tahun ini dan namanya masih berada dalam senarai simpanan United.

Dia kembali menjalani latihan dengan jurulatih peribadi tetapi United masih belum memutuskan sama ada mahu menyenaraikannya semula untuk skuad utama.

Penyerang itu masih digantung dengan United memutuskan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi memastikan nasibnya di Old Trafford.

Proses siasatan kini berada di peringkat akhir dan nasib Greenwood akan diketahui dalam masa terdekat.

Ia akan diumumkan oleh keluarga Glazer selepas mereka berpuas hati dengan hasil siasatan. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain