suria

Rai kemenangan Portugal, Ronaldo bercuti atas kapal layar mewah dengan Diogo Dalot

Ronaldo dan Diogo bersama pasangan serta rakan-rakan bercuti atas kapal layar mewah.

CRISTIANO Ronaldo berkongsi gambar percutian romantisnya bersama kekasih, Georgina Rodriguez di atas kapal layar mewah.

Tidak hanya berdua bersama Georhina, percutiannya turut disertai beberapa rakan lain termasuk bekas rakan sepasukannya di Manchester United, Diogo Dalot.

Pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or itu bercuti selepas menyelesaikan komitmen antarabangsa bersama Portugal menentang Bosnia dan Herzegovina dan Iceland pada kelayakan Euro 2024.

Kapten Portugal itu turut memuat naik gambar di laman Instagram miliknya dengan kapsyen 'vacation mood'.

Bintang bola sepak berusia 38 tahun itu kelihatan gembira dapat menghabiskan masa berkualiti di luar padang bersama keluarga dan rakan-rakan.

Waktu rehat itu nampaknya dinikmati sepenuhnya oleh Ronaldo sebelum kembali ke Arab Saudi untuk latihan pra-musim dengan Al-Nassr pada Julai. -Goal.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain