suria

"Tenis wanita bukan untuk atlet 'lelaki' yang gagal" - Juara Grand Slam 16 kali kritik Dasar Kemasukan Transgender

Martina kritik Dasar yang membenarkan transgender bertanding kategori wanita.

MESKIPUN sudah 'menukar' keseluruhan tubuh termasuk kemaluan kepada seorang wanita, atlet transgender masih mempunyai hormon lelaki.

Susulan itu, Martina Navratilova telah mengkritik Persatuan Tenis Amerika Syarikat (USTA) kerana pendiriannya terhadap atlet transgender yang bertanding dalam kejohanan tenis wanita, kekal.

Ia berikutan, bintang tenis transgender Alicia Rowley dilaporkan menjadi pemain terbaru memenangi Kejohanan Tenis Kebangsaan Wanita dan 'Bola Emas yang diidamkan'.

Majlis Bebas Sukan Wanita (ICONS) menyiarkan berita itu di Twitter, menyatakan bahawa Rowley baru-baru ini memenangi Kejohanan Kebangsaan Gelanggang Rumput 55+ wanita dan Kejohanan Perseorangan dan Beregu Dalaman Kebangsaan.

Ia berlaku selepas USTA menjelaskan Dasar Kemasukan Transgender bahawa atlet trans harus disertakan dan tidak disekat daripada bermain sukan itu.

Bagi Martina dasar transgender USTA harus diubah.

"Hei @USTA @WTA @Martina @ChrissieEvert. Tenis wanita bertukar menjadi bahan ketawa kerana dasar yang mengerikan ini mengutamakan kesihatan mental dan identiti lelaki berbanding wanita.

"Kita sepatutnya memberitahu wanita dan gadis yang bermain tenis bahawa mereka berhak untuk dilayan secara adil dan diiktiraf atas pencapaian dalam sukan itu.

"Malah mereka tidak perlu mencapai apa-apa jenis status elit. Sudah ada kategori untuk atlet lelaki menikmati keistimewaan ini... biarkan atlet wanita juga menikmatinya," luahnya di halaman Twitter.

Sebagai tindak balas, juara Grand Slam 16 kali itu juga menegaskan bahawa tenis wanita bukan untuk atlet lelaki yang gagal.

Ini bukan kali pertama Navratilova menerbitkan pandangannya mengenai atlet transgender yang bersaing dalam kategori sukan wanita.

Pada bulan Mac, beliau berkata keputusan Olahraga Dunia untuk melarang atlet transgender daripada bertanding dalam kategori wanita adalah 'satu langkah yang betul'. - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain