suria

Ronaldo tersalah buat panggilan, minta maaf selepas sedar... rupanya dail nombor telefon penyampai televisyen Kuwait

Ronaldo tersalah membuat panggilan telefon kepada seorang penyampai televisyen wanita. -Gambar Sportsbible

RATA-RATA dalam kalangan kita sudah pasti pernah tersalah membuat panggilan telefon.

Tidak terkecuali juga buat bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo.

Baru-baru ini bintang kelab Al-Nassr itu secara tidak sengaja memanggil nombor yang salah, namun reaksinya yang sopan membuatkan penerima panggilan tersebut benar-benar teruja.

Selepas tersedar tersalah membuat panggilan, Ronaldo segera meminta maaf dan menjelaskan bahawa dia cuba menghubungi rakannya.

Dia juga sempat bertanya gerangan wanita yang menerima panggilan telefon tersebut.

Wanita itu menjelaskan bahawa dia adalah Haleme Boland, seorang penyampai televisyen dari Kuwait dan bekas model fesyen yang dikenali di Timur Tengah.

Wanita tersebut hampir tidak dapat menahan kegembiraannya, memberitahu Ronaldo bahawa panggilannya adalah 'kesilapan terbaik di dunia'.

Video panggilan telefon itu menjadi tular di Twitter dan peminat tidak lekang melontarkan pujian kepada Ronaldo. -Sportsbible

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain