suria

Lari perlahan, tak ada gaya atlet! Pelari Somalia dapat tempat terakhir acara 100 meter, didakwa terpilih sebab guna ‘kabel’

Nasra pamer prestasi buruk dalam acara larian 100 meter yang berlangsung di China.

PELARI Somalia, Nasra Ali Abukar mencetuskan kontroversi apabila menamatkan larian 100 meter dengan catatan masa 21.08 saat.

Menerusi video tular ketika sesi kelayakan di Sukan Universiti Dunia di Chengdu, China, Nasra menjadi pelari terakhir tiba di garisan penamat, jauh ditinggalkan peserta-peserta lain.

Atlet bertudung itu juga dilihat mempunyai badan yang sedikit berisi dan kelihatan kurang cergas berbanding peserta lain yang mengambil bahagian dalam acara larian pecut itu.

Dalam perkembangan terbaharu, Menteri Belia dan Sukan Somalia Mohamed Barre Mohamud memohon maaf atas kejadian itu, lapor The Guardian.

Ujarnya, dia tidak mengetahui bahawa Nasra terpilih untuk menyertai acara larian 100 meter menerusi kejohanan itu yang berlangsung pada Selasa.

Kementerian turut mengarahkan Jawatankuasa Olimpik Somalia menggantung Pengerusi Persekutuan Olahraga Negara, Khadija Aden Dahir yang didakwa mempunyai hubungan persaudaraan dengan Nasra.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain