SEORANG model wanita berkongsi impiannya untuk menjadi ahli bina badan dan tidak kisah sekiranya tubuhnya yang berotot akan membuatkan dirinya kurang menarik di mata lelaki. Suzy Cortez, 30, dari Campinas, Brazil, pernah berada di kemuncak dunia peragaan selepas tampil berbogel dalam majalah Playboy edisi Mexico pada Ogos 2016. Queen of Curves itu merupakan bekas pemenang Miss Bumbum, pertandingan yang menyaksikan wanita Brazil berani bertanding untuk dinobatkan sebagai pemilik punggung terbaik. Namun kini, Suzy tertumpu menumpukan pada hadiah bina badan terbaik dan mahu membawa pulang gelaran Miss Olympia di Florida, Amerika Syarikat, suatu hari nanti. Suzy tidak kisah sekiranya kurang menjadi perhatian lelaki kerana badannya berotot. -Gambar Jam Press/CO Press Office Malah dia menyukai badannya yang berotot besar dan tidak sedikit pun risau sekiranya dirinya bukan lagi menjadi perhatian lelaki. "Apabila saya bangun, saya mulakan dengan melakukan senaman kardio semasa perut kosong," ujarnya. Selepas mula berpeluh, dia berehat dengan urutan dan regangan sebelum mengambil sejumlah besar karbohidrat dan protein. “Latihan saya mengambil masa satu jam 30 minit, dengan berat yang lebih dan intensiti yang tinggi. “Pada masa ini, saya melakukan squat pada berat 200 kilogram dan ia terus meningkat," katanya lagi. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube