suria

Messi jadi pemain bola dengan Rekod Dunia Guinness paling banyak, Ronaldo di tempat kedua

Messi (kiri) memegang 41 Rekod Dunia Guinness setakat ini, mengatasi Ronaldo (kanan) di tangga kedua.

BINTANG Argentina Lionel Messi mengatasi penyerang Al Nassr, Cristiano Ronaldo sebagai pemain bola yang memiliki Rekod Dunia Guinness paling banyak.

Senarai rekod terbaharu itu dikongsi oleh pihak Guinness menerusi laman Twitter rasmi mereka pada Selasa.

Messi kini mempunyai 41 rekod dunia yang diiktiraf Guinness.

Ia sekaligus mengatasi catatan Ronaldo dengan 40 rekod dunia setakat ini.

Antara pemain lain yang tersenarai adalah Robert Lewandowski (9), Kylian Mbappe (5) dan Neymar (4). - Daily Post.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain