suria

Dua bintang Manchester City leka berhibur di kelab malam Korea menjelang aksi pramusim

Kevin De Bruyne (kiri) dan Kyle Walker dikesan mengunjungi kelab malam di Seoul. -Gambar fail PA

BINTANG Manchester City dikesan berada di sebuah kelab malam di Korea Selatan.

Pemenang Treble 2022/23 bermula dengan persiapan pramusim mereka menjelang kempen yang akan datang.

Skuad bimbingan Pep Guardiola memulakan jelajah Asia dengan menewaskan Yokohama Marinos dengan 5-3.

Susulan kekalahan 2-1 kepada Bayern Munich di Stadium Nasional Jepun, di Tokyo, juara Inggeris dan Eropah itu tiba di Seoul, Korea Selatan, menjelang pertembungan dengan Atletico Madrid Ahad ini.

Namun bintang Mancester City, Kevin De Bruyne, 32, dan Kyle Walker, 33, dirakam sedang berhibur di sebuah kelab malam Korea.

Klip yang tersebar di media sosial menunjukkan dua bintang itu menikmati keluar malam pada Jumaat, dilaporkan di Jong-ro, Seoul.

De Bruyne dan Walker dikesan ketika mereka berkerumun di sekeliling meja dengan beberapa individu lain, di mana botol minuman beralkohol boleh dilihat.

Menerusi klip lain, Walker dilihat tersenyum dan membuat isyarat damai pada kamera sambil menari keseronokan. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain