suria

Ronaldo hanya sertai Al-Nassr kerana wang, dakwa bekas bintang Manchester United

Ronaldo sah menyertai Al-Nassr pada Disember tahun lalu. -Gambar Getty Images

BEKAS pemain Manchester United, Odion Ighalo menuduh Cristiano Ronaldo berhijrah ke Liga Pro Saudi kerana wang ringgit.

Odion Ighalo, penjaring gol terbanyak Al-Hilal musim lalu, mendakwa motivasi keputusannya dan bintang lain untuk beraksi di Arab Saudi semuanya kerana wang.

Ighalo memberikan pendapatnya dalam satu wawancara bersama OmaSportsTV baru-baru ini.

"Ketika anda muda, ya, anda bermain kerana minat. Ketika itu anda tidak kisah mengenai wang.

"Tetapi pada usia saya, ketika berada pada penghujung karier dan saya tidak tahu jika ia setahun, dua tahun atau apabila Tuhan memberitahu saya supaya berhenti.

"Saya sedar ia tidak mungkin lebih daripada tiga tahun. Saya bermain kerana minat yang mendalam sepanjang karier saya, tetapi kini ia kerana wang," katanya.

Dia kemudian mengulas mengenai Ronaldo, yang dilaporkan menerima £173 juta (RM1 bilion) setahun di Al-Nassr.

"Adakah Ronaldo masih bermain kerana minat? Ronaldo sudah meraih pendapatan 100 kali ganda berbanding apa yang saya dapat sepanjang kehidupan saya dan dia masih mahu ke Arab Saudi.

"Adakah dia melakukannya kerana minat? Tidak, ia kerana wang," dakwanya.

Untuk rekod, Ronaldo sah menyertai Al-Nassr pada Disember tahun lalu. -Dailymail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain