PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe dilaporkan enggan bertemu dengan wakil dari kelab Arab Saudi, Al-Hilal. Bintang Perancis itu menolak 'sebarang rundingan dengan wakil kelab Al-Hilal, yang hadir di Paris', lapor akhbar sukan L'Equipe. Menurut laporan tersebut, delegasi kelab Arab Saudi tu datang ke Paris untuk memuktamadkan perpindahan pemain Brazil, Malcom dari Zenit Saint Petersburg. Mereka juga mahu membentangkan projek kepada Mbappe sepanjang berada di ibu negara Perancis. Penolakan Mbappe sekali gus memberi tamparan kepada cita-cita kelab Arab Saudi itu untuk melengkapkan rekod perpindahan dunia bernilai €300 juta (RM1.51 bilion). Al-Hilal sebelum ini terlepas untuk mendapatkan Lionel Messi, yang menyertai Inter Miami selepas dua tahun di PSG. -ESPN Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube