suria

Rambang mata! Kelab Arab Saudi turut mahu Neymar, Modric, Lewandowski

Neymar antara yang turut menjadi sasaran kelab Arab Saudi.

KYLIAN Mbappe hanyalah seorang daripada beberapa bintang berprofil tinggi yang mungkin menyertai Liga Pro Arab Saudi sebagai sebahagian daripada perancangan tujuh tahun mereka.

Beberapa pemain Eropah sudah berhijrah ke Arab Saudi dan ramai lagi dikaitkan termasuk Mbappe, dengan perbelanjaan besar akan diteruskan pada musim panas ini dan seterusnya.

Kementerian Sukan Arab Saudi akan menyediakan £17 bilion (RM99 bilion) untuk perpindahan ke Liga Pro Saudi antara sekarang hingga 2030.

Mbappe adalah pemain utama dengan PSG dilaporkan menerima bidaan RM1.5 bilion untuk pemain Perancis itu dari Al-Hilal.

Juara Arab Saudi 18 kali itu turut menawarkan Mbappe tawaran menarik bernilai RM3.5 bilion setahun, yang akan menjadikannya bintang sukan meraih bayaran tertinggi sepanjang zaman.

Perbelanjaan itu tidak akan terhenti di situ dengan Jacobs melaporkan Neymar dan Luka Modric juga menjadi sasaran pada musim panas ini.

Laporan mendakwa Neymar boleh memperoleh RM1 bilion setahun jika dia berhijrah, dengan Al-Hilal dikhabarkan merancang bidaan RM222 juta untuk pemain Brazil itu.

Al-Hilal turut menyasarkan Modric dengan perjanjian RM995 juta dan mereka boleh bercita-cita tinggi untuk melakukan perpindahan untuk Robert Lewandowski tahun depan. - talkSPORT

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain