suria

Telles tinggalkan Manchester United, bergabung dengan Ronaldo di Al-Nassr

Telles menyertai Al Nassr pada Ahad. -Gambar Twitter Al Nassr

ALEX Telles meninggalkan Manchester United untuk menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr dengan kontrak sehingga 2025.

Perkara tersebut diumumkan secara rasmi oleh kedua-dua kelab berkenaan pada Ahad.

Ini bermakna pemain pertahanan berusia 30 tahun itu akan bersatu semula dengan bekas rakan sepasukan di United, Cristiano Ronaldo di kelab baharunya.

Butiran mengenai nilai perpindahan Telles tidak didedahkan walaupun laporan media mengatakan United akan menerima sekitar £6 juta (RM35 juta).

"Pengembaraan baharu menanti @AT13Oficial. Terima kasih untuk segala-galanya dan semoga berjaya, Alex," tulis United di Twitter.

Al Nassr pula menyiarkan gambar dan video Telles yang memegang jersi kuning Al Nassr. -ESPN

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain