suria

Mbappe laku ibarat pisang goreng panas, kini turut diburu Liga Pro Saudi

Arab Saudi sudah memulakan gerak kerja untuk memastikan rundingan Mbappe ke negara itu dapat dilaksanakan.

ARAB Saudi melancarkan bidaan lumayan untuk membawa Kylian Mbappe ke Liga Pro Saudi selepas bintang itu disisihkan daripada skuad Paris Saint Germain (PSG) mengharungi pramusim di Jepun.

Penyerang berusia 24 tahun terbabit enggan menandatangani kontrak lanjutan yang berbaki setahun bersama PSG.

Ligue 1 sudah mencari jalan bagi memastikan Mbappe tidak meninggalkan pasukan berkenaan secara percuma, tahun depan.

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi sebelum ini berkata 'kami mahu dia (Mbappe) kekal tetapi dia tidak boleh meninggalkan pasukan secara percuma.

Ketika pemain itu dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid, 'pencabar' baharu hadir dari Liga Pro Saudi yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

kerajaan Arab Saudi sudah memulakan gerak kerja untuk memastikan rundingan itu dapat dilaksanakan. - talkSport

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain