suria

Padah tayang payudara ketika rai kemenangan, petinju wanita dihalang sertai perlawanan akhir

Hemsley terlepas peluang untuk menyertai perlawanan akhir gara-gara aksi tidak senonoh yang dilakukan pada Sabtu.

PETINJU wanita, Daniella Hemsley digantung daripada menyertai acara akhir Kingpyn Boxing selepas mempamerkan payudaranya ketika perlawanan pada Sabtu.

Pada acara tersebut, Hemsley mengangkat bajunya sehingga menampakkan payudara ketika dia meraikan kemenangannya ke atas Aleksandra Daniel di kejohanan Kingpyn's High Stakes di Dublin.

Selepas menerima kecaman orang ramai, Hemsley mempertahankan diri dengan mendakwa dia menerima kelulusan daripada promoter untuk melakukan aksi berkenaan.

Dalam perkembangan terbaharu, penganjur memberikan reaksi berbeza dan menyatakan mereka bakal menyekat wanita itu daripada menyertai aksi final tidak lama lagi.

"Kami cuba membawa petinju-petinju terbaik untuk acara ini, namun kami sedar bahawa kejadian pada Sabtu mungkin menyinggung perasaan sesetengah penonton.

"Kami memohon maaf sepenuhnya kepada sesiapa yang kecewa semasa siaran itu. Petinju yang terlibat dalam insiden itu tidak akan muncul dalam acara akhir dan telah membuat keputusan untuk berehat seketika," ujar kenyataan penganjur. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain