suria

Tolak tawaran PSG, Rashford setuju kontrak RM2.25 juta seminggu di Manchester United

Rashford bakal menandatangani perjanjian baharu bersama Manchester United. -Gambar Reuters

MARCUS Rashford bakal menandatangani perjanjian baharu selama lima tahun dengan Manchester United, menurut laporan.

Bintang itu bersedia untuk memberi komitmen kepada kelab itu untuk jangka panjang selepas musim yang membara di Old Trafford, yang menyaksikan dia menjaringkan 30 gol dalam 56 perlawanan di semua perlawanan.

Perjanjian pemain berusia 25 tahun itu dijangka tamat pada 2024, tetapi menurut Athletic, kontrak baharu Rashford akan menyaksikan dia kekal di kelab itu sehingga sekurang-kurangnya 2028.

Mail Sport sebelum ini mendedahkan bahawa perbincangan kontrak antara Man United dan Rashford yang berlangsung sejak sekian lama, bersedia untuk menjadikan pemain itu sebagai antara penyerang kelab yang berpendapatan tertinggi.

Perjanjian Rashford sebelum ini menyaksikan dia memperoleh £250,000 (RM1.5 juta) seminggu, dengan gajinya dijangka meningkat kepada £375,000 (RM2.25 juta) seminggu apabila menandatangi perjanjian tersebut.

Perjanjian baharu itu akan menyaksikan dia menjadi penerima pendapatan keempat tertinggi dalam Liga Perdana.

Erling Haaland dan Kevin De Bruyne dari Manchester City, dan Mohamed Salah dari Liverpool mendahului Rashford dari segi pendapatan selepas bintang itu memperoleh kontrak baharunya.

Sebelum ini terdapat rundingan membabitkan Paris Saint-Germain pada musim panas lalu, namun Rashford nampaknya lebih Rashford lebih memilih untuk kekal berada di kelab yang disertainya tujuh tahun lalu. - Mail Online

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain