suria

Kemalangan teruk di kejohanan Tour de France, ramai pelumba cedera selepas tersungkur atas jalan raya

Kejohanan itu terhenti seketika akibat kemalangan yang berlaku.

KEMALANGAN teruk di peringkat 14 Tour de France memaksa perlumbaan berbasikal popular itu dihentikan seketika.

Ia ekoran kemalangan besar-besar di laluan Annemasse dan Morzine Les Portes du Soleil, menyebabkan ramai pelumba mengalami kecederaan akibat tersungkur di atas jalan raya.

Antaranya, Antonio Pedrero dari Movistar terpaksa diangkat menggunakan pengusung, manakala Louis Meintjes dari Intermarché-Circus-Wanty mengalami patah tulang selangka.

Selepas ditunda selama 25 minit, peserta yang tidak mengalami kecederaan dibenarkan untuk meneruskan semula perjuangan di peringkat 14.

Ramai peminat sukan berbasikal turut meluahkan rasa terkejut di media sosial susulan kejadian malang itu. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain