suria

Pemain golf jelita tak suka ‘pick-up line’ merepek, lebih rela jika lelaki hantar gambar alat sulit

Spiranac berkata dia tidak suka menerima kiriman mesej 'pick-up line' daripada lelaki.

PEMAIN golf Paige Spiranac bukan sahaja popular kerana penglibatannya dalam dunia sukan, malah turut diminati ramai kerana rupa parasnya yang jelita.

Aatlet berusia 30 tahun itu sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dia membuat kenyataan kontroversi tentang golongan lelaki menerusi siaran podcast Playing a Round with Paige baru-baru ini.

Menurut Spiranac, dia tidak suka menerima kiriman mesej pick-up line yang dihantar oleh mana-mana lelaki.

Sebaliknya, dia lebih rela sekiranya mereka menghantar foto alat sulit daripada kiriman mesej-mesej dengan ayat yang merepek.

"Pick-up line yang paling merepek adalah, mereka kata kalau berjaya kalahkan saya dalam sukan golf, mereka boleh keluar berdua dengan saya.

"Saya benci, saya benci. Saya lagi rela dapat kiriman gambar zakar," jawabnya berseloroh.

Menurut Spiranac lagi, dia juga tidak suka didekati oleh mana-mana lelaki yang kurang peka tentang fesyen.

"Saya tak suka kalau lelaki itu tidak berusaha untuk bergaya dalam fesyen," ujarnya. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain