suria

Berparti hingga pagi, kali ketiga Hamilton habiskan masa bersama Shakira

Hamilton dan Shakira dikatakan sedang hangat bercinta.

PELUMBA Formula Satu, Lewis Hamilton dan penyanyi Shakira kelihatan keluar bersama pada waktu malam di London, selepas tamat acara tamat Grand Prix Britain.

Malah, mereka begitu mesra sewaktu berjumpa selepas kes penceraian Shakira dan bekas suaminya, Gerard Pique tahun lalu.

Kedua-dua mereka pertama kali dilihat ketika Shakira menghadiri Grand Prix Miami bulan lalu dan mereka makan malam bersama selepas itu.

Video yang tersebar menunjukkan penyanyi 'Hips Don't Lie' dan legenda Formula Satu itu bersama di sebuah restoran popular di Miami, Amerika Syarikat.

Hanya beberapa hari selepas makan malam berkenaan, Lewis membawa penyanyi Colombia itu bersiar-siar bersama rakannya di Miami.

Menurut Daily Star, Hamilton begitu intim dengan meletakkan tangan di sekeliling Shakira pada ketika itu.

Pada Selasa, pasangan yang sedang hangat bercinta itu sekali lagi dilihat menghabiskan masa bersama dengan berparti setelah Shakira hadir di Silverstone untuk menyaksikan Hamilton meraih podium di tempat ketiga.

Penyanyi itu dilaporkan bertolak kira-kira jam 3.30 pagi, apabila dia dibawa pulang ke hotel lima bintang, Hotel Cafe Royal di mana dia menginap.

Hamilton dan Shakira bagaimanapun meneruskan berparti di kelab sehingga jam 6 pagi dan kembali ke hotel The Rosewood di London dan kelihatan sangat mesra.

Terdahulu, seorang wartawan Sepanyol menyatakan Hamilton dan Shakira telah merancang percutian bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain