suria

Mbappe dikritik tak membantu kemenangan PSG, sudah tiba masa untuk pergi

Mbappe dikritik oleh Leonardo dan disaran untuk meninggalkan PSG. -Gambar Getty

PERTELINGKAHAN antara Kylian Mbappé dan Paris Saint-Germain (PSG) nampaknya tidak berkesudahan selepas bintang tersebut mengumumkan tidak akan memperbaharui kontraknya di kelab gergasi Perancis itu.

Kebiasaannya kehilangan salah seorang pemain terbaik di dunia akan menyebabkan kelab menimbangkan kembali keputusan mereka.

Namun, ia tidak berlaku dalam situasi Mbappe malah bintang berkenaan dikatakan 'bukanlah terlalu bagus'.

Bekas pengarah sukan PSG, Leonardo kekal dengan kritikannya terhadap Mbappe, dan memberitahu akhbar Perancis L'Equipe bahawa memiliki Mbappe tidak membantu kemenangan kelab berkenaan.

"PSG wujud sebelum Mbappe dan ia akan wujud selepas (Mbappe tiada).

"Dia berada di Paris selama enam tahun dan dalam enam musim itu, lima kelab berbeza sudah memenangi Liga Juara-Juara (Real Madrid pada 2018 dan 2022, Liverpool pada 2019, Bayern Munich pada 2020, Chelsea pada 2021 dan Manchester City pada 2023).

"Tiada seorang pun daripada mereka yang mempunyai pemain seperti Mbappe dalam barisan pemain mereka. Ini bermakna bukan sesuatu yang mustahil untuk memenangi Liga Juara-Juara tanpanya," ujar beliau.

Mbappe dijangka menyertai Real Madrid selepas kontraknya berakhir pada 2024. -Dailypost

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain