MALANG tidak berbau. Peluncur ombak terkenal Hawaii, Mikala Jones, 44, meninggal dunia ketika sedang beraksi di kepulauan Mentawai, Indonesia, pada Ahad. Kematian Jones disahkan oleh anak perempuannya, Isabella menerusi laman Instagram. "Ayah terlibat dalam kemalangan luncur ombak yang teruk dan dia tidak berjaya diselamatkan. "Saya harap kamu masih ada di sini bersama kami. Kamu tak sepatutnya pergi secepat ini," ujarnya lagi," ujarnya. Dia turut berkongsi foto zaman kecil bersama bapanya di Instagram dan mengakui sukar untuk mempercayai pemergiannya itu. Menurut pihak pengurusan resort tempat Jones menginap, mendiang dibawa ke Hospital Mentawai sebelum dia disahkan meninggal dunia. - Surfline. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube