suria

Beckham ‘putihkan gigi’ Messi pada mural gergasi, persiapan untuk ketibaan ke Inter Miami

Beckham sedang mengecat mural gergasi wajah Messi. -Gambar Getty

BEKAS bintang England, David Beckham dirakam sedang 'memutihkan' gigi Lionel Messi pada mural besar oleh isterinya, Victoria, menjelang ketibaan penyerang itu di Inter Miami.

Messi bersetuju untuk menyertai Inter Miami daripada juara Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), bulan lalu.

Pemain berusia 36 tahun itu, yang dilaporkan menandatangani kontrak untuk kelab MLS (Major League Soccer) dengan perjanjian selama dua setengah tahun, sebelum ini dilamar kelab Arab Saudi Al-Hilal dan Barcelona, namun memilih untuk menyertai Miami.

Menjelang peristiwa penting itu, Beckham, pemilik bersama Inter Miami, sempat meluangkan masa mengecat mural besar Messi di sebelah bangunan di Miami.

Dalam video Instagram, isterinya Victoria berkata: "Jadi saya rasa David telah melakukan kerja yang sangat baik dalam melukis Messi di sini di Miami.

"Kami hanya berada di sini selama beberapa hari tetapi dia cekap melakukannya. Lihat, ia sangat besar. Apa yang David Beckham tidak boleh lakukan? Dia di atas sana mengecat. Saya kagum," katanya. -Goal.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain