LEGENDA Liverpool, Roberto Firmino menjadi bintang elit Eropah terbaru yang melengkapkan perpindahan ke Liga Pro Saudi, setelah menyertai Al-Ahli. Pemain berusia 31 tahun itu meninggalkan Liverpool selepas lapan musim di mana dia menjaringkan 111 gol dalam 362 penampilan. Firmino juga memainkan peranan bagi memenangi Liga Perdana, Liga Juara-Juara, Piala Kelab Dunia FIFA, Piala FA, Piala Carabao bersama Sadio Mane dan Mohamed Salah. Ketibaan Firmino di Al-Ahli didedahkan oleh kelab itu dalam video yang disiarkan di Twitter. Perpindahan itu berlaku kurang seminggu selepas pasukan itu membuat perjanjian untuk menandatangani penjaga gol Senegal, Edouard Mendy dari Chelsea. -Sportsbrief Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube