NAMA pemain sensasi Neymar Jr kerap menghiasi laporan media dengan berita-berita yang kurang enak tentang dirinya. Terbaharu, bintang Brazil itu dilaporkan ditahan selepas bergaduh dengan pengunjung sebuah kelab malam di Rio de Janeiro, lapor Mundo Deportivo. Neymar dikatakan menghadiri konsert artis Brazil, Thiaguinho di bandar itu sebelum bertengkar dengan individu lain di kelab malam. Ia menyebabkan beberapa orang menjerit dan menolak, memaksa pengawal keselamatan kelab malam untuk campur tangan. Terdahulu, nama Neymar turut diperkatakan ramai selepas dia disaman pihak berkuasa negaranya gara-gara membina tasik tanpa kebenaran di kediaman mewahnya. Sebelum itu, nama Neymar turut panas apabila dia secara terbuka mengakui curang semasa menjalinkan hubungan dengan pasangannya Bruna Biancardi. - Hindutan Times. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube