IMBASAN X-ray yang menunjukkan bayangan bentuk kemaluan Andy Murray dijadikan sebagai papan iklan gergasi di laluan kereta api bawah tanah London Underground. Legenda tenis itu mara ke pusingan kedua Wimbledon selepas menewaskan Ryan Peniston di Centre Court. Bagi meraikan semangat pemain Britain itu untuk kembali daripada kecederaan yang hampir menamatkan kerjayanya, penajanya telah menggunakan X-ray lama yang menunjukkan bahagian pinggulnya dalam kempen pengiklanan yang dilancarkan di London Underground. ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik imbasan X-Ray, Andy Murray tak perasan alat sulitnya turut terdedah Imej tersebut menunjukkan pinggul lelaki berusia 36 tahun itu pada satu sisi yang menggambarkan semangat pemain berkenaan meskipun menghadapi halangan fizikal. Imbasan X-ray yang menggambarkan tulang pelvis, vertebra bawah dan kaki atasnya, pertama kali terbongkar apabila Murray berkongsi butiran pembedahan pembentukan semula pinggulnya di media sosial. Dia berkongsi foto dirinya di atas katil hospital, setelah menjalani pembedahan pada Januari 2019 dengan harapan dapat menyelamatkan kerjaya tenisnya. Namun, peminat dengan pandangan tajam mereka menyedari apa yang mungkin dilihat adalah bayangan bentuk kemaluan Murray pada X-ray tersebut sehingga ia dijadikan bahan lucu. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube