suria

Pelumba maut dalam nahas, teman wanita kongsi penghormatan penuh emosi

kekasih pelumba

TEMAN wanita kepada pelumba Belanda, Dilano van't Hoff yang meninggal dunia dalam satu kemalangan litar, berkongsi satu penghormatan yang menyentuh hati di laman sosial.

Pemandu berusia 18 tahun itu terkorban dalam satu kemalangan ngeri ketika beraksi dalam perlumbaan kedua di Kejuaraan Formula Regional Eropah di litar Spa-Francorchamps di Belgium.

Berikutan pemergiannya yang tragis, teman wanita berusia 17 tahun, Katrina Coronell berkongsi satu penghormatan buat pelumba itu.

"Sayang, terima kasih atas semua yang anda lakukan untuk saya, kerana menunjukkan dunia anda kepada saya," tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

"Anda akan sentiasa mempunyai tempat yang istimewa di hati saya dan anda benar-benar membanggakan saya dan orang lain. Saya tidak akan melupakan anda dan senyuman anda.

"Selamat tinggal lelaki saya yang kacak, saya akan jumpa awak nanti. Saya sayang awak (cinta hati). Bersemadilah dengan tenang Dilano Van't Hoff," kata Katrina lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain