PEMAIN pertahanan Manchester City, Benjamin Mendy mengaku bahawa dia telah meniduri lebih 10,000 wanita. Perkara itu dimaklumkan peguam pendakwaan, Benjamin Aina, ketika memberitahu juri di Mahkamah Chester Crown, United Kingdom, semasa kes perbicaraan semula pemain itu yang sedang berlangsung atas dua pertuduhan berkaitan rogol. Mendy didakwa merogol seorang wanita di rumahnya dan kemudian berkata: "Tidak mengapa, saya telah melakukan hubungan seks dengan 10,000 wanita." Mendy yang juga pemain antarabangsa Perancis dibicarakan atas satu pertuduhan rogol dan pertuduhan percubaan rogol. Pada Januari, pemain berusia 29 tahun itu didapati tidak bersalah atas tujuh pertuduhan merogol, menculik dan serangan seksual oleh Hakim Steven Everett dari mahkamah yang sama. Bagaimanapun, juri tidak dapat membuat keputusan atas satu pertuduhan merogol dan cubaan merogol dua wanita oleh Mendy. Matthew Conway, yang mewakili pihak pendakwaan, memohon perbicaraan semula terhadap dua pertuduhan itu, yang akhirnya bermula awal minggu ini. Pemain bola sepak itu bagaimanapun menafikan kedua-dua pertuduhan. Perbicaraan kes itu dijangka berlangsung selama tiga minggu. -Peoplegazette Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube