PEMAIN pertahanan Manchester City, Benjamin Mendy sempat bertanya kepada salah seorang mangsanya 'adakah kamu takut?' sebelum melakukan cubaan rogol apabila mangsa keluar dari bilik mandi, mahkamah diberitahu. Mangsa, yang dirujuk di mahkamah sebagai 'Wanita 1', didakwa menjadi sasaran Mendy sewaktu berlangsung keraian di rumah agam bintang bola sepak itu. Dia mendakwa Mendy, 28, cuba merogolnya selepas mengikutnya ke bilik air, kata juri. Mahkamah turut diberitahu, mangsa berulang kali memberitahu pemain antarabangsa Perancis itu untuk 'berhenti' daripada melakukan gangguan terhadapnya. Mendy kemudian memberitahu mangsa: "Jangan risau. Adakah kamu takut?" Mangsa kemudiannya menghantar mesej kepada rakannya memberitahu dirinya diganggu secara seksual oleh Mendy. Mangsa juga mendakwa Mendy pernah menghantar teks mesej memberitahu 'tidak akan membiarkannya pergi' pada Oktober 2018. Mendy kini didakwa atas satu pertuduhan merogol dan satu pertuduhan cubaan merogol terhadap dua wanita. Pemain bola sepak itu bagaimanapun menafikan kedua-dua pertuduhan. Perbicaraan kes itu dijangka berlangsung selama tiga minggu. -Thesun Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube