suria

Peroleh kekayaan dari Arab Saudi, bekas pemain Chelsea beli kelab bola sepak sendiri

N'Golo Kante menggunakan kekayaannya dengan membeli kelab bola. -Gambar Reuters

N'GOLO Kante tidak membuang masa menggunakan wang banyaknya di Arab Saudi dengan baik selepas membeli pasukan bola sepak sendiri.

Bekas bintang Chelsea dan Leicester City itu telah membeli pasukan divisyen ketiga Belgium, Royal Excelsior Virton, yang akan bermain di Divisyen 1 Kebangsaan pada musim 2023-24.

Ia berlaku hanya beberapa hari selepas Kante, 32, mengesahkan dia akan menyertai kelab Liga Pro Arab Saudi Al-Ittihad dari Blues - satu perpindahan yang akan menjadi rasmi pada 1 Julai.

Kante dilaporkan bersedia untuk memperoleh £86.2 juta (RM508 juta) dalam tempoh tiga tahun di Arab Saudi, menjadikannya salah satu pemain dengan bayaran tertinggi di dunia.

Pemain antarabangsa Perancis itu sudah mula membelanjakan kekayaan itu, mencontohi pemain profesional semasa Jamie Vardy dan Wilfried Zaha yang juga telah melabur dalam pasukan bola sepak mereka sendiri.

"Flavio (pengerusi terdahulu) jelas sangat gembira kerana dapat menyerahkan kunci kelab kepada N'Golo Kante, pemain kelas tinggi, bukan sahaja untuk kualiti bola sepaknya tetapi juga untuk manusia yang diiktiraf sebulat suara dari segi kualiti," kata Royal Excelsior dalam satu kenyataan. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain