suria

Al-Hilal ‘pancing’ Silva, tawar gaji mingguan berjumlah RM4.7 juta!

Silva kini menjadi buruan kelab Al-Hilal. -Gambar Getty Images

PEMAIN sayap Manchester City, Bernardo Silva dilaporkan menerima beberapa tawaran perpindahan lumayan daripada kelab di Saudi.

Bagaimanapun Al-Hilal kini dikatakan mendahului 'perlumbaan' selepas memberikan Silva perjanjian jangka panjang bernilai lebih £41 juta (RM242 juta) setahun.

Gaji yang menakjubkan itu mencapai £3.4 juta (RM20 juta) setiap bulan.

Dan sekiranya dia menerima tawaran Al-Hilal, gaji Silva akan meningkat kepada hampir £798,000 (RM4.7 juta) setiap minggu.

Sekiranya bersetuju dengan tawaran tersebut, Silva bakal menyertai pemain-pemain Eropah yang memilih untuk berhijrah ke Arab Saudi seperti Cristiano Ronaldo, Karim Benzema, N'Golo Kante, Ruben Neves dan Kalidou Koulibaly.

Selain Silva, seorang lagi pemain utama City iaitu Riyad Mahrez dilaporkan turut menjadi buruan beberapa kelab Arab Saudi. -Thesun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain