suria

“Paling buruk dalam sejarah pasukan saya” - Penyokong Arsenal kecewa tengok jersi baharu

Jersi baharu pasukan Arsenal tidak digemari penyokongnya.

JERSI merupakan komponen penting dalam setiap pasukan bola sepak kerana ia membawa identiti kelab ketika di atas padang.

Kebiasaannya sebelum setiap kali musim baharu bermula, sepasang jersi dengan reka bentuk yang dikemaskini akan dilancarkan.

Walau bagaimanapun, penyokong Arsenal di media sosial menyuarakan rasa marah selepas kelab berkenaan memaparkan jersi tempat lawan kontroversi untuk musim 2023/2024.

Skuad Gunners mendedahkan rekaan baharu itu hari ini dan gaya kuning serta hitam itu tampak tidak kena dengan selera sebahagian penyokong.

Rekaan baharu itu meraikan asal usul kelab dengan ia menonjolkan warna kuning terang dan gelombang hitam yang mewakili peta laluan sekitar London.

Ketika menampilkan rekaan baharu itu, Arsenal mengeluarkan video promosi memaparkan pasukan lelaki dan wanita Gunners bersama penyokong selebriti termasuk Mabel dan Martin Kemp.

Penyokong Arsenal akan dapat melihat pemain mereka memakainya buat pertama kali apabila skuad Mikel Arteta berdepan MLS All-Stars diketuai pasukan Wayne Rooney di Washington D.C. esok.

Bagaimanapun rekaan itu dikritik oleh penyokong yang terkejut dengan coraknya yang menggantikan warna hitam dan emas yang begitu popular musim lalu.

"Memang menjijikkan, tak akan saya beli" kata seorang penyokong di Twitter.

"Ini ialah jersi paling buruk pernah pasukan saya miliki," ujar seorang lagi warga maya. - talkSPORT

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain