SEBAGAI bintang bola sepak terkemuka dunia, setiap tindak-tanduk Cristiano Ronaldo pastinya akan menjadi bualan peminat. Malah, kisah kehidupan kekasih Ronaldo iaitu Georgina Rodriguez serta anak-anak mereka juga sering menjadi perhatian masyarakat. Terbaharu, nama Georgina sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia dirakam menggayakan sebuah beg tangan mewah berjenama Hermes. Beg berwarna merah jambu dengan perhiasan emas diperbuat daripada kulit buaya dan ia dijual pada harga €80,000 (RM408,065). Georgina yang turut menggayakan pakaian berwarna merah jambu dirakam menggayakan beg tangan rona sedondon ketika dia mengadiri tayangan filem Barbie, baru-baru ini. - Essentially Sports. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube