suria

Mbappe tolak kontrak lumayan 10 tahun bersama PSG, mahu beraksi dengan Real Madrid

Mbappe enggan menandatangani kontrak baharu dengan PSG. -Gambar Getty Images

PARIS Saint-Germain (PSG) mengemukakan tawaran yang lumayan kepada Kylian Mbappe bernilai £865 juta (RM5 bilion).

Memetik laporan Defensa Central, PSG membuat tawaran lumayan tersebut kepada Mbappe dengan menawarkan kontrak selama 10 tahun.

Ia akan mengikat Mbappe bersama kelab gergasi Perancis berkenaan sehingga usia 34 tahun dan secara dasarnya berfungsi sebagai perjanjian seumur hidup.

Malah, ia juga akan menjadi kontrak yang paling lumayan dalam sejarah arena bola sepak.

Bagaimanapun Mbappe dilaporkan sudah memberitahu PSG bahawa dia tidak terpengaruh dengan wang dan memasang impian untuk beraksi bersama Real Madrid yang membolehkannya memenangi setiap trofi yang ada.

Penyerang antarabangsa Perancis itu sudah memberitahu PSG bahawa dia tidak berniat untuk menandatangani kontrak baharu dan merancang untuk meninggalkan kelab secara percuma pada musim panas tahun depan. -Goal.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain