AKTIVITI membina badan bertukar tragedi apabila seorang pempengaruh kecergasan maut ketika mengangkat berat di gim. Ketika kejadian, Justyn Vicky, 33, menjalani latihan di gim di Bali, Indonesia, sebelum rebah. Justyn kemudian dikejarkan ke hospital kerana patah leher dan mampatan kritikal saraf penting yang menjadi menyambung ke jantung dan paru-parunya. Dia bagaimanapun gagal diselamatkan selepas menjalani pembedahan kecemasan. Justyn meninggal dunia pada usia 33 tahun. -Gambar IG Justyn Vicky Menurut laporan, Justyn cuba melakukan squat dengan mengangkat berat kira-kira 210 kilogram. Ahli bina badan, penasihat pemakanan dan jurulatih peribadi itu mempunyai lebih 30,000 pengikut Instagram. ARTIKEL BERKAITAN: YouTuber bina badan terkenal Jo Lindner meninggal dunia pada usia 30, mengadu sakit di leher 3 hari sebelum kematian ARTIKEL BERKAITAN: Influencer sado maut akibat Covid-19 selepas beritahu 'Covid tak wujud' kepada sejuta followers Sementara itu, rakan-rakan menyifatkan Justyn sebagai teman yang baik, sopan dan disenangi. "(Justyn) Vicky adalah seorang yang baik, sopan dan mudah bergaul. Dia selalu berkongsi ilmu tentang gim. "Dia turut menasihatkan rakan-rakan di gim supaya berhati-hati dan tidak melebihi kemampuan semasa latihan. "Hanya kita sendiri yang boleh mengukur kebolehan kita sendiri. Semoga Vicky berehat dengan tenang," tulis Gede Sutarya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube