suria

Kerana ‘content’ seksi, bintang golf jelita kerap jadi bahan kecaman pemain profesional lain

Paige sering dilanda kontroversi.

BINTANG golf profesional, Paige Spiranac menerima kritikan teruk daripada pemain lain kerana perkongsiannya yang keterlaluan di media sosial.

Dia menguruskan portal kandungan (content) eksklusif, OnlyPaige dengan pengikut Instagramnya semakin ramai.

Perkongsiannya di OnlyPaige meletakkan dirinya pada kedudukan yang sukar dalam dunia golf yang kompetitif.

Beberapa pemain golf profesional pantas mengkritiknya kerana kenyataannya yang berani.

Salah seorang peminatnya bertanya mengenai pendapatnya apabila dia dikritik pemain golf lain kerana content miliknya.

Dia kemudian menjawab ya dan memberitahu bahawa pemain lain sentiasa menilai dirinya.

Jawapannya agak mengejutkan komuniti pemain golf dan membuat semua orang terdiam.

Bagaimanapun, Paige tidak gentar dan menyifatkan kritikan sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan kerjayanya. -FIRST SPORTZ

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain