suria

Beckham tak segan silu dedah pernah menangis gara-gara Messi

Messi sah menyertai Inter Miami pada Jun lalu. -Gambar Getty/Goal.com

DAVID Beckham tidak segan silu mendedahkan dia pernah menangis di telefon gara-gara Lionel Messi.

Menurut bekas bintang Manchester United itu, situasi berkenaan berlaku selepas Messi mengesahkan dia akan menyertai Inter Miami.

"Saya tidak pernah terfikir saya akan mempunyai perasaan yang sama sebagai pemilik (kelab) ketika saya menjadi pemain.

"Apabila mendapat panggilan telefon, saya rasa seperti, 'Kami baru saja menewaskan semua pertandingan untuk menandatangani pemain terhebat untuk bermain di kelab kami'.

Beckham berada di Jepun bersama isterinya, Victoria, apabila Messi mendedahkan kepada umum bahawa dia akan menyertai MLS.

Beckham berkata, setiap kali mengingati perkara tersebut, dia masih berasa tidak percaya sehingga 'merinding'.

Untuk rekod, Messi sah menyertai Interi Miami pada Jun lalu dan menandatangani kontrak sehingga 2025. -Goal.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan