PEMAIN sensasi Cristiano Ronaldo membaling air ke arah jurukamera dan menyuruhnya pergi selepas berakhirnya perlawanan pada Jumaat. Ketika sedang minum di tepi padang, pemain berusia 38 tahun itu dilihat melemparkan air ke arah jurukamera. Dia kemudiannya memberi isyarat kepadanya untuk beredar dalam keadaan marah. Menerusi perlawanan Piala Juara Kelab Arab itu, Ronaldo memasuki padang sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua namun gagal untuk mempengaruhi permainan. Perlawanan antara pasukan Al Nassr yang menentang Al Shabab berakhir dengan keputusan seri 0-0. - Sport Bible. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube