suria

Sah sertai Al-Hilal, Neymar diberi kebebasan pilih nombor jersi

Neymar mengikat kontrak dua tahun bersama pasukan Liga Pro Saudi, Al-Hilal. -Gambar Getty Images

PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG), Neymar akan melengkapkan perpindahannya ke Al-Hilal minggu ini dan telah pun memilih nombor baju baharunya, demikian menurut sumber.

Bintang antarabangsa Brazil itu sudahpun bersetuju dengan terma kontrak dua tahun bersama pasukan Liga Pro Saudi itu.

Difahamkan pemain berusia 31 tahun itu diberi kebebasan untuk memilih nombor jersi baharu yang bakal disarungkan.

Daripada mengambil nombor baharu, Neymar dikhabarkan akan kekal menyarung nombor 10 yang kini tidak mempunyai 'tuan' dan tidak perlu dikosongkan.

Neymar telah menyarung jersi nombor 10 ketika di PSG dan juga untuk pasukan kebangsaan, Brazil. Dia sebelum ini menyarung jersi nombor 11 di Santos dan Barcelona. -90mins

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain