suria

"Forever a Red" - Bekas pemain tengah tinggalkan United demi masa depan keluarga

Fred luahkan penghargaan pada United.

BEKAS pemain tengah Manchester United, Fred secara emosi mengesahkan keluar dari kelab itu. Fred, 30, telah melengkapkan perpindahan RM75.69 juta (£13 juta) ke Fenerbahce yang dianggap sebagai peringkat terindah dalam kariernya.

Pemain Brazil membuat lebih 200 penampilan untuk United dan menyumbang 14 gol dan 19 bantuan itu, telah mengesahkan pemergiannya dari United dengan menghantar pesanan perpisahan yang tulus kepada penyokong.

Menerusi hantaran di media sosial, dia turut menzahirkan penghargaan kepada kelab bola sepak ternama itu.

“Terima kasih untuk segala-galanya, Kelab Bola Sepak Manchester United. Hari ini menamatkan satu daripada peringkat paling indah dalam karier saya.

“Saya berjaya mencapai impian untuk memakai jersi salah satu kelab terbesar di dunia dan melalui jatuh bangun, saya pergi dengan keyakinan bahawa saya sentiasa memberikan yang terbaik sepanjang sesi latihan mahupun perlawanan.

"Ia adalah lima tahun impian sebenar untuk saya dan keluarga saya. Saya akan sentiasa bersyukur dengan peluang tersebut. Forever a Red,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, sumber di United berkata Fred akan berlepas dengan penghargaan dan penghormatan atas sumbangan besarnya kepada pasukan sejak lima tahun lalu. - The Sun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain