suria

PSG masih guna nama Messi untuk jana keuntungan, peminat suruh saman!

Peminat mahu Messi ambil tindakan atas sikap tamak PSG.

PEMINAT menyeru Lionel Messi agar mengemukakan saman ke atas kelab bola Paris Saint-Germain (PSG) kerana mengeksploitasi namanya untuk menjana keuntungan.

PSG masih lagi menjual baju-baju Messi di gedung mereka meskipun pemain itu telah meninggalkan pasukan berkenaan pada penghujung musim 2022–23.

Wartawan bola sepak, Dani Gil turut bersuara di Twitter dan menggesa PSG agar menghentikan jualan sebarang produk berkaitan Messi.

Para peminat turut bersetuju dengan gesaan itu dan turut memberi cadangan supaya Messi menyaman pasukan berkenaan.

Untuk rekod, Messi yang juga pemain Argentina menyertai Les Parisien pada Ogos 2021 selepas dia meninggalkan Barcelona.

Selama dua tahun, Messi menjaringkan 32 gol menerusi 75 perlawanan.

Pemenang Ballon d'Or tujuh kali itu mengumumkan pengundurannya dari PSG pada penghujung musim lalu, menyertai Inter Miami kendalian David Beckham bulan lepas. - Sports Keeda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain