PERLAWANAN gusti tidak semestinya ganas, kejam, berdarah dan menyakitkan. Sebaliknya, ia boleh menjadi lembut, gebu, tidak berbahaya dan dikurangkan kepada jenis aktiviti yang biasanya dilihat di parti baju tidur. Mereka yang menghargai kemahiran seni bela diri campuran (MMA) tetapi fobia terhadap darah kini mempunyai sukan khusus mereka sendiri yang antara lain menjaga kesihatan dan keselamatan. Sukan gusti yang menggunakan bantal sebagai 'senjata' ini mempunyai pengadil dan keinginan untuk menjatuhkan lawan. Daily Star Sport memperkenalkan anda kepada dunia PFC yang lembut dan empuk iaitu Kejohanan Dunia Pertarungan Bantal. "PFC bukan hanya tentang pertarungan bantal yang sukar, ia juga mengenai hiburan dan keseronokan yang sejati. "PFC berkembang dengan pantas sebagai pertunjukan berasaskan sukan yang sangat popular, lengkap dengan semua kekuatan, stamina dan kemahiran strategik sukan tempur," menurut kenyataan di laman web rasmi FFC. Menariknya, sukan ini kini disiarkan oleh ESPN, salah satu penyiar sukan yang paling tersohor di dunia, terutama di Amerika Syarikat (AS). - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube