suria

Khabib tak berminat bantu Elon Musk buat persiapan untuk lawan Mark Zuckerberg

Khabib (tengah) menolak permintaan Musk (kanan) menjelang perlawanannya dengan Zuckerberg (kiri).

NAMPAKNYA Khabib Nurmagomedov tidak berminat untuk melatih Elon Musk dalam persiapannya sebelum berlawan dengan Mark Zuckerberg.

Menurut laporan, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu mendekati Khabib untuk membantunya mempersiapkan diri menghadapi pertarungan tinju menentang Ketua Pegawai Eksekutif Meta Platforms.

Bagaimanapun, Nurmagomedov menolak tawaran itu atas sebab yang tidak didedahkan.

Pada Jun, Musk dan Zuckerberg saling menyindir di media sosial dan turut bersetuju untuk terlibat dalam perlawanan tinju.

Presiden UFC Dana White kemudiannya mendedahkan bahawa dia telah berhubung dengan kedua-dua jutawan itu dan mereka serius untuk berentap bagi tujuan amal.

Menjelang pertarungan, Musk dan Zuckerberg berlatih dengan bintang MMA berprofil tinggi seperti Georges St-Pierre, Israel Adesanya dan Alexander Volkanovski.

Bagaimanapun, Khabib Nurmagomedov menolak permintaan Musk dan tidak mahu terbabit dengan pertempuran berkenaan. - Sports Keeda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain