IKON tinju Ricky Hatton mendedahkan bagaimana dia ketagihan minuman keras yang turut mengandungi kokain. 'The Hitman' yang berusia 44 tahun itu juga mengakui, dia beralih kepada minuman keras dan dadah adalah untuk menghilangkan kesakitan persaraannya daripada tinju selepas kerjaya gelanggangnya berakhir dengan perit pada Mei 2009 berikutan kalah mati dalam pusingan kedua oleh Manny Pacquiao di Las Vegas. Ricky ketika temubual eksklusif bersama Daily Star. Ekoran daripada itu, berat badannya meningkat di samping ketagihan terus ketika dia berjuang untuk mencipta semula kehebatan dalam pertarungan tinjunya. "Saya mengambil kokain dan ia adalah masa yang sukar," katanya. Apabila diminta untuk menerangkan tabiat terburuknya itu, Ricky pada mulanya meletakkan nombor pada jumlah minuman yang dia akan ambil dan bertahan selama 36 jam. Bekas juara dunia dan bapa kepada tiga anak itu menambah, dia juga mengambil minuman keras dari jam 12 tengah hari hingga 4 pagi atau 6 pagi. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube