PEMAIN bola sepak terkaya di dunia kembali mencuri tumpuan selepas menandatangani kontrak dengan menyertai kelab baharu, Ratchaburi. Memetik portal Sport Bibble, Faiq Bolkiah, 25 membuat penampilan keduanya bersama Ratchaburi saat menghadapi Police Tero dalam Liga 1 Thailand, pada Sabtu. Dia kini kembali dalam senarai sebagai penjaring gol selepas masuk dengan baki 20 minit masa biasa, menjaringkan gol keenam dan terakhir Ratchaburi pada minit keempat masa tambahan. Kemenangan berpihak kepada Ratchaburi menentang Police Tero dalam liga utama Thailand, dengan pasukan Faiq mengutip tiga mata selepas kemenangan dominan 6-1. Sebagai anak saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Faiq dilaporkan mempunyai nilai kekayaan bersih kira-kira AS$20 (RM93.9 bilion). Nilai tersebut melebihi kekayaan dua bintang bola sepak tersohor, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Di sebalik kekayaannya, Faiq berpengalaman di padang bersama Chelsea, Arsenal dan Leicester. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube