suria

Dera seksual lebih 20 budak lelaki, bekas jurulatih bola sepak mati di penjara

Bennell dipenjara kerana melakukan kesalahan jenayah. -Gambar PA

BEKAS pencari bakat untuk Manchester City, Barry Bennell meninggal dunia pada usia 69 tahun di penjara.

Memetik laporan Sun, Benelle yang juga merupakan bekas jurulatih bola sepak itu meninggal dunia di HMP Littlehey di Cambridgeshire, England pada pagi Sabtu lalu.

Sekitar 1980-an dan 1990-an, Bennell adalah jurulatih bola sepak remaja untuk Crewe Alexandra, Manchester City dan Stoke City, serta mempunyai hubungan dengan pasukan belia merentasi beberapa daerah termasuk Greater Manchester, Cheshire, Derbyshire dan Staffordshire.

Dia pertama kali dipenjarakan pada 1994 selepas didapati mendera seorang remaja lelaki semasa kem bola sepak di Florida.

Pada 2018, Bennell dijatuhi hukuman penjara 31 tahun, atas 50 pertuduhan penderaan seksual kanak-kanak.

Sebelum hukumannya pada 2018, Bennell telah pun dipenjarakan tiga kali sepanjang 20 tahun kerana melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak lelaki.

Hukuman pada 2018 mendapati dia bersalah atas 43 lagi kesalahan seksual. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain