BINTANG bola sepak Neymar dikatakan bermasam muka dengan Kylian Mbappé selepas mereka berhenti mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Tindakan dua pemain itu menyebabkan ramai peminat tertanya-tanya tentang status persahabatan antara mereka.
Malah, ia juga seolah-olah memberi bayangan tentang ketengangan yang berlaku antara mereka, baru-baru ini.
Sebelum meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG), Neymar pernah meninggalkan tanda suka (likes) pada satu hantaran media sosial yang mengkritik tingkah laku Mbappé.
Untuk rekod, Neymar akhirnya meninggalkan PSG untuk menyertai Al-Hilal di Arab Saudi pada Ogos.
Bagi Mbappé pula, walaupun terdapat spekulasi mengenai masa depannya di PSG, dia memilih untuk kekal bersama pasukan itu untuk musim 2023/2024. - Samba Foot.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube