suria

Kecoh video seks remaja perempuan, 4 pemain Real Madrid beri keterangan kepada polis

Empat pemain Real Madrid memberi keterangan kepada polis. -Gambar fail Twitter/@realmadrid

REAL Madrid mengesahkan empat pemain telah memberi keterangan kepada polis berhubung dakwaan perkongsian video seks membabitkan seorang gadis bawah umur.

Menurut laman web berita Sepanyol El Confidencial, tiga daripada pemain itu telah ditahan.

Penahanan mereka selepas ibu kepada seorang remaja perempuan bawah umur membuat laporan polis, mendakwa salah seorang daripada ketiga-tiga pemain merakam video seks remaja itu dan menyebarkannya.

"Real Madrid mengumumkan bahawa dimaklumkan seorang pemain Castilla dan tiga pemain Real Madrid C telah memberikan kenyataan kepada polis berhubung dakwaan penyebaran video peribadi di WhatsApp.

"Sebaik kelab mempunyai maklumat terperinci mengenai perkara itu, langkah yang sewajarnya akan diambil," katanya.

Dilaporkan, siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Gran Canaria berikutan aduan itu dikatakan telah dibuat di Mogan di selatan pulau itu pada 6 September lalu. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain