suria

Peminat wanita diculik, dirogol beramai-ramai selepas tonton perlawanan ragbi

Wanita yang menjadi mangsa rogol berdepan dengan trauma sepanjang hidup mereka. -Gambar hiasan

SEORANG wanita diculik dan dirogol beramai-ramai selepas dia menonton perlawanan ragbi di Perancis.

Mangsa berada di Bordeaux untuk menyaksikan perlawanan antara Ireland dan Romania pada Sabtu.

Mangsa yang juga peminat pasukan ragbi Ireland kemudiannya diserang oleh tiga lelaki pada malam Ahad.

Akhbar Perancis Le Parisien berkata mangsa dibawa menaiki kereta sebelum dia dirogol oleh tiga lelaki berkenaan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Rue de la Rousselle berhampiran pusat bandar.

Polis Perancis berkata mereka giat mencari suspek yang melarikan diri dari tempat kejadian selepas penduduk memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain