suria

Paul Pogba digantung! Positif testosteron selepas perlawanan pertama Juventus

Pogba mempunyai masa tiga hari untuk memberikan sampel tambahan bagi ujian doping.

PAUL POGBA telah digantung sementara oleh ketua anti-doping selepas dilaporkan gagal dalam ujian dadah dan positif testosteron.

Pemain tengah itu juga berpotensi menghadapi penggantungan empat tahun jika didapati bersalah.

Corriere Della Serra mendakwa kesan testosteron ditemui dalam dalam badan Pogba berikutan perlawanan pertama Juventus musim baharu.

Bekas pemain tengah Man United, 30, adalah pemain pengganti yang tidak digunakan dalam kemenangan 3-0 pasukannya menentang Udinese bulan lepas.

Pun begitu Pogba masih belum mengulas tentang isu melanggar artikel 2.1 dan 2.2.

Testosteron ialah hormon yang boleh meningkatkan kekuatan otot dan terdapat dalam pelbagai produk kesihatan.

Terdahulu, Pogba mempunyai tiga hari untuk menyediakan sampel untuk analisis balas.

Jika didapati bersalah atas doping, beberapa media Itali mendakwa Pogba akan digantung sehingga dua tahun. - The Sun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain