PEMINAT yakin bahawa Kylian Mbappe tidak memahami sukan ragbi selepas dia dilihat kebingungan ketika aksi perlawanan Perancis menentang New Zealand. Mana tidaknya, reaksi yang dipamerkan ketika Piala Dunia Ragbi berlangsung malam Sabtu dengan negara tuan rumah menewaskan All Blacks 27-13, adalah lambat berbanding yang lain. Kamera memerhati semasa mereka menonton dan peminat percaya bintang PSG itu tidak tahu apa yang sedang berlaku. Pada masa itu, orang ramai sedang meraikannya dan pemain berusia 24 tahun itu turut serta dengan mengangkat tangan meskipun reaksinya lambat Dia juga dikatakan cuba menyesuaikan diri dengan sukan tersebut. Seorang berkata di media sosial: "Dia mengangkat tangannya kerana orang lain melakukannya. Mbappe sangat kelakar." Seorang lagi bertindak balas: "Lelaki ini tidak tahu apa yang sedang berlaku." Yang ketiga menambah: "Dia kelihatan seperti tidak memahami permainan tetapi hanya meraikan seperti orang lain." - The Sun Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube